Monday 19 March 2012

Salam

hmmm....

Sudah agak lama aku memasang angan untuk membangunkan blog. tapi, niat tu selalunya tinggal niat saje la. Nak kata bizi tu xde la sangat, tapi nak mulakan tu mmg cukup parah, malasnya Masya-Allah. biasa la, nak buat benda baik ni, syaitan bukan suka sangat... hehe (bak kata P Ramlee, "cobaan!!!").

Hopefully, blog yang akan dibangunkan ini berpanjangan dan memberi manfaat kepada semua yang berminat untuk belajar dan memberi tunjuk ajar yang boleh digunakan untuk membina modal insan separa mahir/mahir yang diperlukan oleh negara untuk mencapai status Negara Maju, Insya-allah.

Blog yang dibangunkan ini akan memberi fokus kepada bidang system dan networking secara amnya. Secara khusus, blog ini dibangunkan sebagai nota peribadi sahaja untuk beginner dan intermediate(hopefully)dalam bidang IT terutama budak yang baru nak berjinak dengan IT/Network. Namun anda semua digalakkan untuk memberi teguran ilmiah sekiranya ada pandangan yang ingin diberikan (terutama otai2 dan sifu2). Semoga blog yang dibangunkan diredhai Allah dan mampu memberi pulangan di akhirat kelak, sama-samalah berkongsi.

Last but not least, sekiranya ada kesalahan di dalam memberi penerangan dari segi teori dan praktikal, mohon dimaafkan dan teguran/pembetulan amatlah dihargai.

sekian, terima kasih.

Pertandingan Kemahiran Malaysia 2012











Kepada semua peserta-peserta yang akan menyertai pertandingan Pra-PKM 2012 peringkat ILJTM yang berlangsung pada esok hari 20-22 Mac 2012. Diharapkan anda semua telah pun bersedia dari segi mental, fizikal, teori dan teknikal bagi menghadapi cabaran dan seterusnya mampu untuk melakukan tugasan yang telah diberikan. Selamat maju jaya diucapkan dan diharapkan ilmu dan pengalaman yang diperolehi dapat menjadi bekalan berguna di masa hadapan.

Kepada rakan-rakan Hakim PKM/Myskills, berlakulah adil and no bias ok!!!. hehe..

Good Luck!!!

Maklumat dan Jadual Pra-PKM 2012 ILJTM beserta Memo perlantikan Hakim. sila klik link